Content

G6PD Deficiency

Friday, December 16, 2011
Kelahiran seorang bayi adalah sesuatu kegembiraan yang tidak terucap oleh perkataan. Terharu, gembira sebak semuanya bercampur baur. tapi apabila ada yang tidak kena dengan bayi yang dilahirkan itu, maka luluh la hati seorang ibu yang mengandungkan dan mengendongnya selama 9 bulan. Allah itu Maha Besar, Maha Mengetahui.. tiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.

Apabila doktor mengesahkan yang abang adalah pengidap G6PD Deficiency, mama pada mulanya tidak percaya. Masakan abang boleh mendapat penyakit itu sedangkan seumur hidup mama itulah kali pertama mama tahu mengenainya. Inikan pula bila ianya diturunkan oleh ibu sebagai pembawa. Tidak masuk akal! mama tidak pernah mengalami apa2 alahan pada mana2 makanan atau pun ubat2an masakan penyakit itu datangnya dari mama!? 

Kini, hari demi hari mama mula boleh menerima hakikat. Tak kisah la apapun penyakitnya mama akan tetap menjaga abang sebaik mungkin. Mungkin hikmatnya supaya mama lebih sensitif dan tidak lepas tangan dalam menjaga segala keperluan abang. InsyaAllah sayang, mama akan cuba yang terbaik~ ;)

Ini adalah beberapa artikel mengenai G6PD yang mama perlu tahu. Abang juga boleh merujuknya apabila sudah besar nanti...


Apa yang anda perlu TAHU?

Apa itu G6PD?
G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah sejenis enzim yang bertanggungjawab untuk melindungi sel darah merah (pengangkut oksigen) daripada dimusnahkan lebih awal.

Apakah "Kekurangan G6PD atau G6PD Deficiency?"

"Kekurangan G6PD" atau "G6PD Deficiency" adalah suatu keadaan di mana sel darah merah tidak dapat menghasilkan enzim G6PD yang mencukupi sehingga mengakibatkan sel darah merah musnah dengan cepat apabila terdedah kepada bahan-bahan aktif tertentu.
Contoh darah diambil dari tali pusat bayi semasa bersalin dan akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan dan pengesahan status G6PD.

Sekiranya anak/bayi anda didapati "Kekurangan G6PD"...
  • Anda akan dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak/bayi anda masuk ke wad untuk rawatan dan pemerhatian. (skrg ni doktor akan terus bgtau status anak kita G6PD Deficiency atau tak sehari selepas melahirkan)
  • Bayi anda akan dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 10 hari (skrg ni kene tahan 5 hari je. itupun kalau bayi kita tak mengalami penyakit kuning atau jaundice yang teruk, doktor akan bernarkan bayi dan anda keluar lebih awal).
Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh mengalami penyakit kuning ('jaundice') dengan serta merta yang boleh mengakibatkan kecacatan otak dan pendengaran.

Bayi anda akan dibenarkan pulang setelah dipastikan tiada masalah-masalah lain.

Langkah-langkah seterusnya jika anak/bayi anda disahkan mengalami "Kekurangan G6PD"...

Jangan ambil mana-mana ubat yang disenaraikan (atau ubat-ubatan yang mengandungi bahan aktif yang sama) tanpa arahan/nasihat daripada doktor. Elakkan anak/bayi anda daripada bahan-bahan berikut:


  1. KACANG PARANG ATAU PRODUKNYA
  2. UBAT GEGAT
  3. UBAT-UBATAN TRADISIONAL, JAMU ATAU SINSEH
Sekiranya termakan atau tersentuh bahan-bahan di atas, anak/bayi anda akan mengalami:
  • Penyakit kuning (jaundice) dengan serta-merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna teh pucat
  • Pucat
  • Demam
Oleh yang demikian, sila pastikan setiap kali mendapatkan rawatan perubatan, sila beritahu bahawa anak anda "Kekurangan G6PD"

Bolehkah seseorang yang "Kekurangan G6PD" hidupp secara normal?
  • Boleh. Elakkanlah daripada memakan atau menyentuh bahan-bahan yang dilarang.
  • "Kekurangan G6PD" bukan penyakit berjangkit dan keadaan ini adalah sepanjang hayat.
  • G6PD diwarisi secara genetik dan seringkali melibatkan kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan adalah pembawa.

Apakah nama lain bagi KACANG PARANG dalam bahasa-bahasa lain?

Arabic: Foole
Catalan: Fava
Chinese: Tzan-Doo
Dutch: Tuinboon
Persian: Ba-ghe-Leh
English: Fava or Broad Bean
French: Feve
German: Favabohnen (Fava Bean), Dicke Bohnen (thick bean), Saubohnen (sow bean)
Greek: Koukia ("Fava" is an appetizer made from dried fava beans)
Italian: Fava (pl. fave)
Malay: Kacang Parang
Spanish: Haba
Turkish: Bakla
Urdo (Pakistan and India): Lobhiya. Rajma, Jheam
(Sumber: Favism & G6PD Deficiency Forum)  

Sumber dari risalah Pharmacy Department, Hospital Sungai Buloh.

untuk info lain sila layari: http://ms.wikipedia.org/wiki/G6PD

7 comments:

maz at: 23 January 2012 at 22:06 said...

Salam perkenalan...maz suka baca blog ni....bb maz pun ada G6PD...

khalif uzayr at: 24 June 2013 at 17:22 said...

Salam perkenalan kembali.. sorry sbb dah lama tak bukak blog ni. baru perasan ada komen. xsangka pulak ada orang baca. hihi. anyway, thank you! nanti kita boleh share info ok? :)

Fariza at: 15 August 2013 at 14:55 said...

Salam..thanks kongsi info ni. baby sy ada G6PD jugak. Mule2 tau sedih gak tapi bila dah dapat info dari Dr baru lega..

Suharlizam at: 27 January 2014 at 16:18 said...

Sy baru bersalin 5 hari.. hari nih dr bg tahu anak sy g6pd

khalif uzayr at: 14 February 2014 at 19:12 said...

@fariza: wassalam, mmg sedih kan? tapi alhamdulillah lah anak saya dah 2thn 8bulan sekarang. so far belum ada sebarang alahan terharap makanan termasuklah semua jenis kekacang, ubat semburan dan lain² (tapi kalau boleh elakkan la ye). Dan baru terperasan ada tercatat di buku log yang G6PD nya di tahap mild saja. Alhamdulillah.

khalif uzayr at: 14 February 2014 at 19:23 said...

@suharlizam: G6PD ada tahap² nya. tapi jangan terlalu risau atau sedih jika anak kita pengidap G6PD sebab selagi kita sentiasa memantau dan mengambil langkah berjaga², anak kita sama saja seperti anak² yang lain. Cuma kite perlu lebih memahami dan mendalami sedikit sebanyak tentang G6PD ni. InsyaAllah, Allah akan permudahkan semuanya. Amin...

Rengga at: 29 July 2015 at 17:53 said...

salam, ada informasi untuk daerah Jabodetabek dimana bisa dibeli kacang parang? terima kasih

Post a Comment