Content

~Our Little Prince~

Monday, December 05, 2011

Ahad | June 19, 2011 tepat pukul 7.20 pagi lahirlah seorang bayi yang tidak sabar ingin melihat dunia yang diberi nama KHALIF UZAYR BIN MOHAMAD JAFNI. mama dan dedi memanggilnya dengan panggilan abang sahaja. dengan menggunakan cara induce sebanyak 2 kali, bayi seberat 2.45kg ini selamat dilahirkan secara normal. mengikut actual due date (ADD), abang sebenarnya dijangka keluar pada 19 July 2011. tapi mungkin ingin menghadiahkan sesuatu yang paling istimewa buat dedi sempena Hari Bapa, maka abang keluar sebulan lebih awal iaitu pada usia kandungan baru mencecah 35minggu.

sayangnya di saat-saat indah itu dedi tidak dapat bersama mama memandangkan waktu itu semua orang sedang lena dibuai mimpi yang indah. mama tak merasakan kesakitan sangat semasa ingin melahirkan abang tapi saat-saat contraction adalah saat yang paling perit dan sakit yang tidak pernah mama alami selama 29 tahun ni. yang paling menakutkan apabila berlakunya contraction, abang akan bergerak disebelah kanan sahaja. jadi perut mama akan kelihatan besar sebelah. selama 5 minit keadaan itu akan kembali normal dan ianya akan berulang2 sehinggakan mama semakin lali. sempat juga dapat melelapkan mata sekejap2.

Dalam lebih kurang jam 7 pagi, kesakitan itu tidak dapat tertanggung lagi. sampaikan mama bangun dari katil dan berjalan2 untuk melegakan kesakitan itu. bila sudah tidak tahan lagi  mama memanggil nurse untuk check samada mama sudah bersedia untuk dihantar ke labor room atau tidak. setelah diperiksa ternyata 'jalan' sudah buka 6cm (disebabkan sering teran apabila berlaku saja contraction). nurse terkejut dan keadaan menjadi sedikit kelam kabut. mama terus disorong bersama katil yang mama tido tu turun ke labor room (sepatutnya pesakit harus disorong dengan kerusi roda). masa tu memang sakit sangat. sakit yang tak tertanggung. namun sambil tu mama sempat lagi call dedi suruh datang sebab mama akan melahirkan abang pada bila-bila masa sahaja. nasib baik dedi sedar dan angkat call tu.

Keadaan dalam labor room tu tidaklah seperti yang mama sangkakan. ia cuma sebuah bilik yang kecil yang mempunyai katil dan beberapa peralatan lain. terdapat juga seorang doktor lelaki sedang menggunakan komputer dan kekadang memaling kearah mama. sudah tidak ada perasaan malu lagi dalam diri ni. apa yang penting hanya lah melahirkan abang dalam keadaan yang selamat.

setelah dialihkan ke katil lain dan dalam posisi yang betul (masa tu dah pukul 7.10pagi), mama pun mula meneran sekuat-kuatnya. 3-4 kali teran namun belum menampakkan hasil. nurse kata dah nampak kepala tapi perlu push lagi untuk keluarkan abang. sorang demi sorang nurse masuk dan nak membantu. sehinggakan perut mama ditolak oleh 2-3pasang tangan. masing-masing suruh mama push panjang2 dan jangan keluarkan suara! mama dah tak kisah apapun cara asalkan semuanya selamat. dengan mengambil nafas yang panjang mama terus melepaskan segala tenaga yang ada. sambil tu mama sempat perasan yang nurse yang menyambut abang tu da toreh sedikit 'jalan' mama tu. ouch! bila teringat2 kan balik memang seram..argh! dengan keadaan yang agak mamai, ngantuk dan sakit tekak, abang selamat dilahirkan pada tepat pukup 7.20pagi. alhamdulillah... abang diletakkan bersebelahan dengan peha mama. mama xsempat pandang kerana sudah begitu keletihan. mama juga xperasan masa abang keluar tu abang menangis atau tidak. nurse menunjukkan abang dan bertanyakan jantina tapi mama menjawab lelaki sebab memang da confident pon jantina abang tu.

Abang diambil oleh nurse untuk dibersihkan sementara mama pula perlu 'dijahit'... errrr.. terasa-rasa lagi benang tu menembusi daging2 yang ada walaupun dibius. oh lupa, macam mana dedi boleh tak masuk temankan mama? sebenarnya semasa mama call dedi tu, dedi trus keluar rumah dan mencari mama di wad atas. nurse pon sebenarnya sempat kalau nak membenarkan dedi masuk sebab masa tu baru lebih kurang pukul 7.10pagi. ke dedi memang saja xnak masuk sebab takut? haha.. terlepas satu detik berharga.

selesai semuanya mama di tempatkan dibilik sementara. abang juga ada bersama2 mama. tidur agaknya. mama masih mamai dan mata pula sangat berat nak angkat. mama cuba lelapkan mata sekejap2 tapi nurse datang suruh mama menyusukan abang. mama tak tahu sebab mama xsempat pon ke ceramah penyusuan ibu untuk belajar cara-cara yang betul. nurse tu main tarik2 saja nenen mama dan acukan ke mulut abang. walaupun abang juga belum pandai menyusu tapi cara nurse tu seperti memaksa. sambil membebel2 mama terpaksa ikutkan saja sampaikan mama tertidur.

Selepas bersarapan dan membersihkan diri, mama harus dipindahkan diwad biasa. nurse datang lagi dan bising sebab melihatkan keadaan abang yang seperti kelaparan. mama begitu tidak berupaya dan merasakan abang baik2 saja. nurse kata "jangan ingat baby tu senyap atau tidur tu die ok. kang tengok2 da xgerak baru tau!" herdiknya. mama disorong menggunakan kerusi roda manakala abang diambil oleh nurse untuk diberikan susu tambahan. mama tadah telinga jela dorang nak bebel apa. memang mama xberdaya sangat. sorry abang...

Dengan berkaki ayam disebabkan keadaan yang kelam kabut semalam mama pon dipindahkan ke wad D. masa ni datang lah kaum2 keluarga untuk melihat abang. dedi pon da ada. dedilah orang pertama yang jumpe awal sebaik abang dilahirkan tu. siap di azan kan skali. ruginya mama tak dapat menyaksikan keadaan itu. kalau tak pasti itulah saat-saat yang paling mengharukan.


Semalaman di wad D ni, mama dan abang perlu dipindahkan ke wad NICU. mula2 mama bingung. tak tahu apa yang terjadi kepada abang. ingatkan da boleh balik tapi doktor cakap abang perlu berada kurang2nya 5 hari disebabkan abang ada G6PD Deficiency. keadaan dimana enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen). Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah.


5 hari berada di wad NICU adalah sangat membosankan tapi semuanya berada dalam keadaan yang amat selesa. mama dapat katil yang bersebelahan dengan tingkap dan berhadapan dengan pintu tandas. segala keperluan di jaga dengan baik. seawal pukul 6-7 pagi abang akan dimandikan oleh nurse. menjerit2 abang masa tu mungkin kerana sejuk tapi lame kelamaan abang tdo dengan lenanya. 


cabaran yang paling getir berada die wad NICU ni apabila tiba waktu malam. masuk hari ke 3 abang dinasihatkan berada di bawah cahaya lampu biru tu dalam keadaan telanjang. suhu bilik adalah sangat sejuk pada waktu malam dan abang pula perlu di telanjangkan untuk mendapatkan pencahayaan yang menyeluruh tapi hati seorang ibu mana sanggup lihat anaknya dalam keadaan sebegitu. lagi bila abang menangis2 seperti tidak selesa. diam2 mama angkat abang dan tidur kan disebelah mama. datang nurse dan nampak keadaan tu abeslah mama kene ceramah.. haha! rupanya abang haus tapi bukannya mama tak bagi abang menyusu cuma abang tak pandai menghisap lagi. lalu nurse pon memberikan abang susu tambahan. baru la abang tido dengan lenanya. itulah permulaan abang kepada susu tambahan yang membuatkan abang agak menolak bila mama ingin menyusukan abang secara breast feeding.


bagi ibu yang dalam pantang, seminggu ke 2 minggu pertama adalah cabaran yang hebat! ia termasuklah kesakitan yang dialami di bahagian punggung iaitu adalah sukar untuk diangkat apatah lagi untuk bangun apabila sudah duduk. cabaran yang kedua pula apabila ingin membuang air besar! nak teran tak bole sebab bahagian bawah masih baru dijahit. inikan lagi najis pula keras disebabkan pemakanan pantang yang tidak membenarkan memakan buah-buahan (kononnya sejuk), sayur-sayuran (kononnya nanti sakit urat) dan tidak boleh meminum air yang banyak (kononnya nanti 'berair'). 


sukar hendak memenuhi kehendak banyak pihak. satu pihak kata ini tak boleh yang sebelah pihak lain pula kata boleh. jadi kesudahannya kita inkut saja mana yang kita mampu asalkan kedua2nya tidak merasa kecil hati. 


kesimpulanya, sepanjang mengandungkan dan melahirkan KHALIF UZAYR merupakan pengalaman yang paling indah penah mama alami. apatah lagi semasa mengandung, mama tak mengalami sebarang alahan langsung. mama sangat2 enjoy semasa mengandungkan abang sampaikan sebulan awal tu mama rasa sangat rugi sebab tak puas lagi mengandungkan abang. mama xsempat merasa perut yang sangat sarat dan detik2 menunggu ADD. apapun mama sangat bersyukur dapat seorang anak lelaki yang comel dan tak banyak karenah seperti abang. mama doakan abang akan menjadi anak yang baik dan berjaya dunia dan akhirat! amin amin amin Ya Rabbal Alamin :)

0 comments:

Post a Comment