Biography خليف عزير

KHALIF (pronounced Khaleef) means successor. A Khalif is a leader of the Muslim Ummah (nation/peoples). After Prophet Muhammed (SAW) died there came after him numerous khalifs (successors) who were called Khalifs (Khaleefs).

UZAYR عزير (precious/ name of Prophet)

Content

Menu untuk KU 4 hari seterusnya : APPLE FOOL!!

Thursday, December 29, 2011 0 comments


APPLE FOOL


Bahan-bahan
 • 1 (175g) epal merah
• 60ml yogurt (full fat)
Cara-cara
1. Kupas,potong kpd kepingan dan masukkan ke dalam 
    ketuhar bersama 2sudu besar air

2. Biarkan di dalam ketuhar utk selama lebih kurang 2min 
    atau masak di atas dapur selama 
    5min (sehingga epal menjadi lembut)

3. Puri sehingga lembut dan sejukkan.

4. Masukkan yogurt,kacau. Sedia untuk dihidang atau 
    sejukkan di dalam peti.

4 DAY WAIT RULE!~

Wednesday, December 28, 2011 0 comments
mungkin setengah2 orang akan pelik kenape mama asek bagi abang makan bende yang sama je. sebenarnya tiap apa yang mama lakukan bersebab dan di research terlebih dahulu serta mendapat pendapat beberapa ibu2 yg berpengalaman.. hihi~ 

maklum lah, ibu2 zaman sekarang adalah sangat mementingkan perkembangan bayi mereka. tak macam dlu sume main belasah je (tapi ok je pon kn? sihat jugak! hihi)


The "4 Day Wait Rule" 
adalah satu cara mudah untuk melihat jika ada tanda-tanda reaksi allergy or sensitif baby terhadap sesuatu makanan. Antara tanda-tanda allergy atau ketidak sesuaian makanan terhadap baby adalah seperti sakit perut, kembung perut atau masalah membuang air besar ( tak boleh poo poo).  

Pemperkenalkan makanan baru, 1 jenis makanan dalam 1 masa pada tempoh 4 hari. Contohnya, memperkenalkan avocado pada hari Isnin dan tunggu sehingga hari Khamis untuk memperkenalkan 1 lagi jenis makanan yang lain. ( Sila refer table di atas)

Adalah perlu untuk mematuhi 4 day wait rule ini terutama bagi baby beginner with solid food & terdapat family history yang mempunyai food allergy.
Soalan rutin: Sampai bila anda harus mematuhi 4 days waiting rule ini?Jawapan: Bila baby berusia 9~10 bulan.

TANDA-TANDA ALLERGY:
Ruam di muka (terutama di sekitar mulut) , bersin, selsema, batuk, bengkak bibir atau kesukaran bernafas (jarang sekali berlalu)

tanda makanan sukar di process : perut kembung, kentut, cirit birit atau muntah beberapa jam atau beberapa hari selepas menikmati sesuatu makanan.

(berhenti dahulu memperkenalkan makanan tersebut dan cuba lagi few weeks later, if still cannot...try avoid such food)

JANGAN BAGI BAGI BABY SALT/SUGAR, DAIRY PRODUCT, EGG. WHEAT, CITRUS FRUITS, MAKANAN BERCENGKERANG & KEKACANG
kerana makanan tersebut cenderung untuk membuat baby allergy.
Bijan & kekacang elakkan diberikan kepada baby anda sehingga berubur 3tahun.

Bagaimana cara penyediaan makanan baby? 
Method: Steam (cara terbaik) , Merebus (elakkan merebus terlalu lama untuk mengelakkan kehilangan zat-zat yang berkhasiat &  Puree (blend)

Peralatan Memasak : Steamer, Blender  & Slow Cooker atau dengan lebih mudah & ringkas gunakan baby food processor yang terdapat di pasaran ie: Philip Avent, Mebby Baby Chef Food Processor dll

Keperluan Baby : Bowl, Spoon, Bibs , Baby Chair

Apa yang harus anda perkenalkan sebagai makanan pertama baby?


4 ~ 6 bulan :
  • Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiaskan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.
  • Mulakan dengan 1 meal time sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada mid-morning (lebih kurang jam 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.
  • Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby.
  • Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (let put 2 weeks) jadikan 3 times meal per day dengan meningkatkan kuantiti makanan tadi.
  • Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba oleskan makanan tadi dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.
  • Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah  Brown Rice (gluten free & more iron),  Avocado  & Banana (baik untuk sistem penghadaman baby tanpa perlu di masak) , Apple , Pear , Sweet potato, labu air & Green bean (semua makanan ini bersifat lembut & senang untuk dihadam oleh perut si tecik )
7 ~ 8 bulan :
Brown Rice, Oat, Barley , Avocado , Apple , Banana, Appricot, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato , Dates, Green bean, Carrot , Peas, Timun Jepun, Labu air, lobak putih & Peas , Chicken, tauhu ,

8 ~ 10 bulan :
Brown Rice, Oat, Barley , Wheat, Pasta, Sesame, Flax  Avocado , Appricot, Blueberry, Cherry, Cranberry, Apple ,  Figs, Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo, Papaya, Perssimmon,  Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Peas, Timun Jepun, Labu air, lobak putih , Peas ,asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, pepper,  Chicken, tauhu , beef , egg yolk & fish , plain unsweetened yoghurts, butter & cheese (dont give unpasteurized cheese)

selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery, halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau cinnamon or paprika)

10 ~ 12 bulan :
Semua jenis grain , Avocado , Appricot, Blueberry, Cherry, Cranberry, Apple , Dates, Figs, Grape, Kiwi, Manggo, Papaya, Perssimmon,  Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , berries, citrus, Green bean, Carrot , Peas, Timun Jepun, Labu air, lobak putih , Peas ,asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, pepper,jagung, timun, bayam , tomato,  Chicken, tauhu , beef , whole egg & any fish (soft cheese only after 12month) huu

Elakkan menambah garam atau gula ke dalam bubur baby, elakkan fruity yoghurts, baby rusk & makanan terprocess yang terjual di pasaraya sehingga baby berusia 1tahun ke atas.
** Cheese, yoghurts and other dairy product ialah sumber Calsium yang baik namun ia merupakan penyumbang lemak juga (susu adalah sumber calsium terbaik) 

p/s: so far mama da buatkan abang Avocado Puree dan Banana Puree (abang suke sgt makan banana puree smpi nangis kalau mama tak suap kat mulut die. macam xkenyang je abang nih! maybe da tiba masa untuk mama buat bubur pulak~)

sumber dari http://mommy-qasehohara.blogspot.com/2011/05/lets-learn-about-baby-weaning.html

Good Morning Everyone! Breakfast Time!~

Tuesday, December 20, 2011 1 comments

Khalif Uzayr 6 bulan 1 hari:
bangun2 pagi je mama trus siapkn untuk bagi abang mkn breakfast dlu (sebenarnya excited sangat nak suruh abang try premium baby food yang mama beli kat cold storage semlm! hihi). Selalunya abang nak minum susu dlu pepagi tapi mama nak try ajar mkn breakfast pastu baru bagi susu. 


tengok ingredient premium baby food brand rafferty's garden ni macam sedap! walaupun untuk baby 4 months punye. mama saje beli yang bawah dulu sebab nak biasa2kn abang dengan solid food pastu kalau respond abang ok baru mama beli untuk yang 6months plak. dan yang paling penting sekali it has Halal certificate!



ni la muke budak yang kegirangan dan tak sabar nak makan. senyum2 plak die ye! hihi




antara gambar2 yang sempat dirakamkan semasa abang makan premium baby food brand rafferty's garden ni. nampak macam berselera je. siap mengamuk2 kalau mama lambat suapkan ke mulut abang. ish2... (mama ade rasa sikit. memang sedap. rasa manis2 sweet potato dgn carrot tu)




sampai licin la dikerjakannya! okey.. kalau macam tu nanti mama beli lagi ye syg. kite try perasa lain pulak~ ;)

sedikit info tentang Rafferty's Garden

All products in the Rafferty's Garden range are Halal certified. They are currently in the progress of updating their packaging.
klik link berikut untuk informasi tambahan:
http://www.halalchoices.com.au/product_lists.html
http://muslimvillage.com/forums/topic/60643-halal-baby-food/

Rafferty's smooth food contains:
  • NO added water
  • NO added salt or sugar
  • NO added concentrates or juices
  • NO artificial colours or flavours
  • NO preservatives or additives
________________________________________________________________________________
psstt: 
semalam dedi xbalik umah sebab tido kat ampang. chik pon da balik ampang. mesti pasni abang rindu nak jumpe chik lagi. disebabkan mama tdo sorang dgn abang je, mak usu (raihan) dgn mak teh (fateh) ikut balik rumah temankan kami. (konon2nya dorang nak g mandi kolam skali la kalau sempat! tapi masing2 liat nak bangun pagi so next time saje la ye! hihi) layan gambar abang dgn mak usu nye.. ;)


1st Solid Food : ORGANIC AVOCADO PUREE

0 comments
Tada!! inilah percubaan pertama mama untuk menghasilkan Homemade Organic Avocado Puree buat abang. Buah avocado tu memang nampak tak berapa cantik. Biase la sememangnya buah-buahan ataupun sayur-sayuran yang organik akan tidak kelihatan secantik seperti biasa. Dan harga untuk barang-barang yang organic jauh lebih mahal. Untuk sebiji avocado ni, harganya RM19.60 yang dibeli di KEDAI ORGANIC, Ikano.


bila suap puree ni abang macam ok je. boleh terima. cume mungkin abang baru je minum susu so tak berapa la yang dapat ditelannya. it's ok abang! puree tu boleh disimpan dan dibekukan. mama harap dapat beri yang terbaik untuk perkembangan abang... ;)

mOmma Rocking Non-spill cup + dual handle ni pulak mama gunakan untuk abang belajar minum air. memang basah lencun la dibuatnya tapi takpe ini semua adalah suatu proses pembelajaran yang baru buat abang... ;)

KU : 6 months old

Monday, December 19, 2011 0 comments
Hari ni Khalif Uzayr mama dah genap 6 bulan. Bulan untuk memperkenalkan abang dengan makanan pepejal. Sebelum memberikan apa-apa makanan kepada abang, mama membuat beberapa research supaya mendapat guideline yang sepatutnya. cekedaut~


Memperkenalkan abang kepada makanan bayi dan makanan pepejal

Bilakah mama harus memperkenalkan makanan bayi kepada abang?
Menurut babycenter.com.my, Kementerian Kesihatan menyarankan supaya bayi menyusu badan secara ekslusif sehingga berusia enam bulan (tapi abang minum fm). Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, jadi makanan lain diperlukan.

Abang perlu menunggu sehingga usia enam bulan untuk mama memperkenalkan pepejal ke dalam diet abang. Ianya dapat membantu meminimakan risiko reaksi buruk yang tidak dijangka terhadap makanan dan alergi. Mama harus lebih berhati-hati disebabkan abang merupakan G6PD Deficiency. Alahan kepada banyak makanan yang berunsurkan kekacang dan mungkin ada makanan-makanan bayi yang lain yang perlu abang elakkan.

Mengapa langkah pengenalan makanan pelengkap bermula pada umur 6 bulan ke atas?
Jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal kepada bayi, ia boleh menyebabkan:
  • Bayi anda kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang.
  • Bayi anda terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan cirit-birit kerana sistem penghadaman dan ginjal Abang masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia.
  • Selepas umur 6 bulan juga ibu boleh mula memberikan air masak, tetapi dalam kuantiti yang berpatutan (~ 1-2 oz satu sesi, 1 @ 2 kali sehari) dengan syarat bayi sudah pun kenyang dengan susu @ solid food. Ini kerana dikhuatiri air masak yang banyak akan membuatkan bayi kenyang, dan seterusnya menolak susu dan bubur yang berkhasiat. Ingat ye, air masak hanya lah air, tidak punya nutrisi untuk tumbesaran bayi. Air hanya untuk mengekalkan kandungan bendalir dalam badan, dan susu ibu mengandungi 81% air. Terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (water intoxication) dan meningkatkan risiko sawan.
Apakah kesan pula jika pengenalan makanan pelengkap bermula terlalu lewat?
  • Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien.
  • Penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang.
  • Semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap, sesetengah bayi berkemungkinan mengalami masalah tabiat makanan apabila membesar. Contohnya, anak akan menjadi  cerewet makan, tidak makan sayur, hanya makan satu-satu makanan sahaja dan sebagainya (barulah tahu kan kenapa anak anda tak suka makan sayur?  ). sumber dari http://ibucergas.com/2011/03/pemakanan-bayi-yang-sihat/


Adakah Abang sudah bersedia untuk pepejal? 
Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia: 

• duduk dengan baik apadila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri. 

• melakukan pergerakan mengunyah 
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh. 

• telah naik berat badan secara sihat 
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda. 

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan 
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.



Apakah cara untuk memperkenalkan makanan separa pejal?

Pakar tempatan di babycenter.com menyarankan supaya bayi diberikan campuran bijiran dan susu, iaitu, antara dua atau tiga sudu kecil bijiran dicampurkan dengan sebahagian daripada susu yang diambilnya untuk menjadi adunan yang rupanya ‘seakan-akan sup’. 

Kementerian Kesihatan juga menyarankan beberapa makanan sebagai pemula separa pepejal, iaitu, bubur yang disediakan di rumah, bijiran beras untuk bayi dan sayur-sayuran yang dimasak dan dilecek atau dipuri, dan juga buah-buahan. Berikan semua ini kepada bayi dengan sudu yang hujungnya diperbuat daripada getah yang lembut. Kemudian, berikan dia susu yang selebihnya. Makanan separa pepejal tidak semestinya diberikan pada waktu pagi; pilihlah masa yang sesuai untuk anda dan bayi anda. 

Apabila bayi mula membiasakan diri dengan tekstur baru dan beransur-ansur makan lebih banyak makanan pejal, dia tidak lagi memerlukan sangat susu tambahan untuk mengenyangkannya. Namun, pada mulanya, ternampak oleh anda seolah-olah bayi anda hanya makan sedikit sahaja, walaupun banyak masa dihabiskan untuk memasukkan makan yang sedikit itu ke dalamnya. Anda mestilah bersabar dengan si kecil anda dan ingatlah bahawa ini adalah kemahiran baru dan dia memerlukan masa untuk mempelajarinya. 

Apabila bayi sudah biasa makan bijiran sebanyak dua atau tiga sudu kecil sehari, cubalah tambah makanan lain. Bila dia sudah pandai makan bijirin dan semakin cekap menggunakan gerakan mengisar ke kiri dan ke kanan, kurangkan cecair dalam bijiran supaya teksturnya menjadi lebih pekat. Ini akan membantu bayi anda berlatih mengunyah (dengan gusinya) dan menelan. 

Selera bayi anda adalah berubah dari satu waktu makan kepada waktu makan berikutnya, jadi perhatikan tanda-tanda bahawa dia sudah kenyang. Seorang bayi yang sudah tidak mahu membuka mulutnya untuk terus disuap, atau berpaling muka, atau mula bermain dengan makanannya, mungkin sudah kenyang. 


Bagaimanakah mama boleh membantu abang membentuk tabiat pemakanan yang sihat? 
  • Anda boleh membantu bayi anda belajar makan secara sihat dengan mengikuti peraturan ringkas yang berikut: 
  • Memberikan pilihan makanan yang pelbagai. 
  • Jangan terus memberi makanan kepada bayi anda jika dia tak mahu makan lagi (memalingkan kepalanya atau tidak mahu membuka mulutnya). Dia mungkin sudah kenyang atau tidak suka dengan makanan tersebut. Jika anda terlalu memaksa, dia mungkin tawar hati dan tidak akan mahu mencuba makanan lain. 
  • Berikan bayi anda pelbagai makanan protin dan kabohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran. 
  • Elakkan gula, makanan bergaram, dan makanan yang terlalu lemak atau pedas dan berempah.
  • Jangan jadikan makanan sebagai hadiah atau dorongan. Sebaliknya, gunakan pelukan, ciuman dan perhatian yang banyak untuk ini.

Berapa kali seharikah seharusnya bayi saya makan makanan bayi? 
Apabila bayi anda berumur sekitar tujuh bulan, dia sepatutnya sudah mengambil makanan separa pejal tiga kali sehari. Makanannya setiap hari lebih kurang seperti berikut: 

• Susu badan atau susu formula kaya zat besi. Sedikit jus tanpa gula yang dicair tipis dengan air suam (satu bahagian jus bagi sepuluh bahagian air) juga boleh diberikan di waktu makan dengan menggunakan cawan bayi atau gelas, bukan botol. 

• Bijiran kaya zat besi. 

• Sayur-sayuran pada kadar yang banyak, seperti ubi kentang, brokoli, kubis bunga, ubi keledek, choy sum, kailan, siew pak choy dan bayam. 

• Daging dalam kuantiti kecil, ayam, ikan, yogurt, telur rebus keras, lentil dimasak lembut, keju (kecuali brie, stilton dan lain jenis keju berkulapuk atau lembut). 

• Buah-buahan. 

Panduan umum berikut elok diikuti:
• Jangan berikan madu sebelum dia berusia satu tahun sebab terdapat risiko botulisme bayi. (Baca dengan lebih lanjut mengenai madu dan botulisme.

• Bergantung kepada diet bayi anda, kadangkala elok juga diberikan beberapa titisan vitamin. Tanyalah pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.  

The Meanings Of KHALIF UZAYR (خليف عزير)

Sunday, December 18, 2011 0 comments

خليف (successor/pengganti)


Khalif (pronounced Khaleef) means successor. A Khalif is a leader of the Muslim Ummah (nation/peoples). After Prophet Muhammed (SAW) died there came after him numerous khalifs (successors) who were called Khalifs (Khaleefs).
The famous first four Khalifs are:
1 - Abu Bakr bin Abu Qahafa (RA)
2 - Umar bin al-Khataab (RA)
3 - Uthman bin Afaan (RA)
4 - Ali ibn Abi Talib (AS)

They are titled Al Khulafa' ar-Rashideen - The Rightly-guided Leaders.

Subsequent leaders were also called Khalifs as they had rulership of the whole Islamic Ummah (nation/peoples). Each khalif was titled 'Ameer al-Mu'mineen' (Commander of the Faithful) even though this title was given to Imam Ali by the Prophet exclusively. The Khilafah system ended with the end of the Ottman empire. There can be no more Khalifate until a new Islamic empire is re-born. 


عزير (precious/gelaran nabi)

Is it permissible to use the name ‘Uzayr/Uzair?


I have 7 months old son and we  keep his name "UZAIR". somebody told us it is Jues name but i heard that it is in the quaran

Praise be to Allaah. ‘Uzayr is a Jewish name but it is mentioned in the Qur’aan in the context of condemning the Jews, when Allaah says (interpretation of the meaning):“And the Jews say: ‘Uzayr (Ezra) is the son of Allaah, and the Christians say: Messiah is the son of Allaah. That is their saying with their mouths…” [al-Tawbah 9:30] Al-Haafiz ibn Katheer (may Allaah have mercy on him) said in al-Bidaayah wa’l-Nihaayah: “The well known view is that ‘Uzayr was one of the Prophets of the Children of Israel.” On this basis there is nothing wrong with calling him ‘Uzayr, so long as there is no inclination of the heart towards the Jews, and so long as one is not influenced by them because of being their neighbour. The scholarly differences as to whether ‘Uzayr was actually a Prophet or not are well known.
Shaykh ‘Abd al-Kareem al-Khudayr.


Translation: 



Segala puji kepada Allah.
'Uzayr adalah nama Yahudi tetapi ia disebut di dalam Al-Quran dalam konteks mengutuk Yahudi, apabila Allah berkata (yang bermaksud):
"Dan orang-orang Yahudi berkata: 'Uzayr (Ezra) anak Allah, dan orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Itu adalah ucapan mereka dengan mulut mereka ... "[al-Tawbah 9:30]
Al-Hafiz ibn Katheer (mungkin Allah telah memberi rahmat kepadanya) berkata dalam al-Bidaayah wa'l-Nihaayah: 
"Pandangan yang terkenal bahawa 'Uzayr adalah salah satu daripada Nabi-nabi Bani Israel." 
Atas dasar ini tidak terdapat apa-apa yang salah dengan memanggilnya Uzayr, selagi tidak ada kecondongan hati terhadap orang-orang Yahudi, dan selagi sebagai salah satu tidak dipengaruhi oleh mereka kerana menjadi jiran mereka. Perbezaan ilmiah sama ada 'Uzayr adalah sebenarnya Nabi atau tidak diketahui.


Uzayr also mean PRECIOUS
http://www.islamic-names.net/3641/uzayr.html


Numerological Meanings of Uzayr
http://babynames.merschat.com/index.cgi?function=View&bn_key=75297

New Ride & Drinking Bottle!!!

Friday, December 16, 2011 0 comments


Stroller Sweet Cherry SCR6 & Car Seat SCR7
ohhhh... ni adalah antara wish list mama. akhirnya tercapai gak hajat dihati ini.. huhu. walaupun dapat yang 2nd punye melalui mudah.my tapi memang puas hati sebab dapat 2 2 stroller dan car seat. pasni untuk adik gegurl (mudah2an insyaAllah) tak payah la susah2 lagi. so skrg car seat da ade 2. dedi pakai yang lama, yang SCR7 merah tu mama yang punyaaa...  :P

sebenarnya mama sangat la berminat dgn yg kaler merah tapi da dapat yg biru pon ok la. yg penting 2 2 kaler dapat rase... ;) ok abg, enjoy ur new ride ya! MAMA LUV U~

(oh terlupa, mama sudah menjualkan SCR1 abang yang baru dibeli 3 bulan lalu itu. Memandangkan stroller baru ini lebih praktikal dan trendy maka 'GudBye SC1! kenangan akan tetap terpahat dalam ingatan~hihihi)

yg ni mOmma : DEVELOPMENT DRINK SET. sangat cute design die. mama da lama gak usya bottle ni tapi takut abang ada masalah colic plak nanti sebab macam xsure bottle ni ade anti-colic atau tak. yang paling best set ni 3 in 1. sebenarnya dah 2 kali mama try carik bottle ni kat Mom's Care. Memang ada tapi set yang colour orange je yang tinggal. dan harganya pula mahal sikit dari yang jual kat FB tu. so mama decide beli saja lagipun Ikmy's Collections ada buat YES Sale! 


1) mOmma Rocking Feeding Bottle 2) mOmma Rocking Non-spill Cup + Dual Handle 3) mOmma Rocking Cup with Straw



kalau ada rezeki nanti mama nak sambar yang ni pulak mOmmaVogue. harga pasaran RM35.60. ada beberapa pilihan colour seperti orange, green, blue, red and purple.                                      Best way to keep temperature:
Made of special thermal material, it keeps liquids temperature constant for a longer time when you go out. 
Modern and unique:
The first dress to give colour to mOmma feeding bottles and cups. Glamorous and trendy colours.
Easy to carry:
The product can be easily fixed to strollers, bags or belts thanks to its adjustable hook.


(pstt: macam biase la beli dlu pastu simpan kejap buat pekasam. kang kalau hari2 balik bawak beg plastik shopping memang panas telinga la kene bebel dengan dedi!) hihii ;P



G6PD Deficiency

7 comments
Kelahiran seorang bayi adalah sesuatu kegembiraan yang tidak terucap oleh perkataan. Terharu, gembira sebak semuanya bercampur baur. tapi apabila ada yang tidak kena dengan bayi yang dilahirkan itu, maka luluh la hati seorang ibu yang mengandungkan dan mengendongnya selama 9 bulan. Allah itu Maha Besar, Maha Mengetahui.. tiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.

Apabila doktor mengesahkan yang abang adalah pengidap G6PD Deficiency, mama pada mulanya tidak percaya. Masakan abang boleh mendapat penyakit itu sedangkan seumur hidup mama itulah kali pertama mama tahu mengenainya. Inikan pula bila ianya diturunkan oleh ibu sebagai pembawa. Tidak masuk akal! mama tidak pernah mengalami apa2 alahan pada mana2 makanan atau pun ubat2an masakan penyakit itu datangnya dari mama!? 

Kini, hari demi hari mama mula boleh menerima hakikat. Tak kisah la apapun penyakitnya mama akan tetap menjaga abang sebaik mungkin. Mungkin hikmatnya supaya mama lebih sensitif dan tidak lepas tangan dalam menjaga segala keperluan abang. InsyaAllah sayang, mama akan cuba yang terbaik~ ;)

Ini adalah beberapa artikel mengenai G6PD yang mama perlu tahu. Abang juga boleh merujuknya apabila sudah besar nanti...


Apa yang anda perlu TAHU?

Apa itu G6PD?
G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah sejenis enzim yang bertanggungjawab untuk melindungi sel darah merah (pengangkut oksigen) daripada dimusnahkan lebih awal.

Apakah "Kekurangan G6PD atau G6PD Deficiency?"

"Kekurangan G6PD" atau "G6PD Deficiency" adalah suatu keadaan di mana sel darah merah tidak dapat menghasilkan enzim G6PD yang mencukupi sehingga mengakibatkan sel darah merah musnah dengan cepat apabila terdedah kepada bahan-bahan aktif tertentu.
Contoh darah diambil dari tali pusat bayi semasa bersalin dan akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan dan pengesahan status G6PD.

Sekiranya anak/bayi anda didapati "Kekurangan G6PD"...
  • Anda akan dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak/bayi anda masuk ke wad untuk rawatan dan pemerhatian. (skrg ni doktor akan terus bgtau status anak kita G6PD Deficiency atau tak sehari selepas melahirkan)
  • Bayi anda akan dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 10 hari (skrg ni kene tahan 5 hari je. itupun kalau bayi kita tak mengalami penyakit kuning atau jaundice yang teruk, doktor akan bernarkan bayi dan anda keluar lebih awal).
Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh mengalami penyakit kuning ('jaundice') dengan serta merta yang boleh mengakibatkan kecacatan otak dan pendengaran.

Bayi anda akan dibenarkan pulang setelah dipastikan tiada masalah-masalah lain.

Langkah-langkah seterusnya jika anak/bayi anda disahkan mengalami "Kekurangan G6PD"...

Jangan ambil mana-mana ubat yang disenaraikan (atau ubat-ubatan yang mengandungi bahan aktif yang sama) tanpa arahan/nasihat daripada doktor. Elakkan anak/bayi anda daripada bahan-bahan berikut:


  1. KACANG PARANG ATAU PRODUKNYA
  2. UBAT GEGAT
  3. UBAT-UBATAN TRADISIONAL, JAMU ATAU SINSEH
Sekiranya termakan atau tersentuh bahan-bahan di atas, anak/bayi anda akan mengalami:
  • Penyakit kuning (jaundice) dengan serta-merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna teh pucat
  • Pucat
  • Demam
Oleh yang demikian, sila pastikan setiap kali mendapatkan rawatan perubatan, sila beritahu bahawa anak anda "Kekurangan G6PD"

Bolehkah seseorang yang "Kekurangan G6PD" hidupp secara normal?
  • Boleh. Elakkanlah daripada memakan atau menyentuh bahan-bahan yang dilarang.
  • "Kekurangan G6PD" bukan penyakit berjangkit dan keadaan ini adalah sepanjang hayat.
  • G6PD diwarisi secara genetik dan seringkali melibatkan kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan adalah pembawa.

Apakah nama lain bagi KACANG PARANG dalam bahasa-bahasa lain?

Arabic: Foole
Catalan: Fava
Chinese: Tzan-Doo
Dutch: Tuinboon
Persian: Ba-ghe-Leh
English: Fava or Broad Bean
French: Feve
German: Favabohnen (Fava Bean), Dicke Bohnen (thick bean), Saubohnen (sow bean)
Greek: Koukia ("Fava" is an appetizer made from dried fava beans)
Italian: Fava (pl. fave)
Malay: Kacang Parang
Spanish: Haba
Turkish: Bakla
Urdo (Pakistan and India): Lobhiya. Rajma, Jheam
(Sumber: Favism & G6PD Deficiency Forum)  

Sumber dari risalah Pharmacy Department, Hospital Sungai Buloh.

untuk info lain sila layari: http://ms.wikipedia.org/wiki/G6PD

Red Bumbo Seat for Abang!~ ٩(͡๏̯͡๏)۶

Thursday, December 15, 2011 0 comments


sebenarnya dah lame mama aim bumbo seat ni. memandangkan ianya kelihatan sangat berguna buat baby untuk support tulang belakang dan belajar duduk dengan cara yang selamat, so mama pon mula la misi men'search' kt google dan mudah.my. apatah lagi tinggal beberapa minggu sahaja abang akan bole makan solid food! mama sangat2 excited so mama carik la beberapa barang keperluan untuk itu.


harga pasaran amatla mahal ok. kompom kerat semua jari la dedi akan marah mama teruk2 kalau beli. so mama decide carikkan yg da tepakai je utk abg. sorry ye abang! bukannya apa, abang pon mungkin akan memerlukannya untuk jangka masa yang singkat sahaja. itupun mama akan carik yang masih dalam keadaan baru.


search punye search, google punya google, mudah punya mudah mama pon terjumpa la satu blog ni yang jual barang2 baby terpakai. http://twinevostore.blogspot.com/ . bila sms tanya bumbo seat tu masih available lg. dan warnanya lime green. sangat comel dan memang mama punye fav. colour! tapi bile mama search2 lagi kat blog tu mama terjumpe colour merah yang mmg rare sgt. susah nk jumpe org jual bumbo seat kaler merah dan yang paling penting kaler merah tu mungkin akan tahan lasak dan susah sket nk kotor (pendapat mama la) kompius gak pada mulenye nak pilih yang mana tp tanpa membuang masa mama trus sms dan bank in duit supaya bumbo seat tu tak terjual kt org lain.


dalam 2hari sampai la kotak tu kt umah nenek dan mama pon soh nenek try cpt2 nk tgk reaksi abang mcm mana. so far abang ok n suke dok dlm tu. Alhamdulillah... selamat! hehehe...



sangat kusyuk tgk tv. berguna bumbo seat ni utk mama yg tgh terkocoh2 bersiap nk g keje. hihi



ni la reaksi abang ms duduk kt bumbo seatnye! sangat match dgn kete merah ikea die tu! mama suke kaler ni sbb abg nmpk lebih macho! cube bygkn klu kaler lime green tu? ermm.. ok gak tp mungkin xsemeriah dan semacho ini! hihihi...

KU ke Hospital Sg Buloh untuk ujian saringan pendengaran

Monday, December 05, 2011 0 comments
memandangkan telinga belah kanan abang gagal dalam beberapa kali ujian pendengaran semasa berada di wad NICU 5 bulan yang lalu, doktor menyarankan agar mama & dedi membawa abang untuk ujian saringan bagi mendapatkan keadaan sebenar. 


hari ini adalah tarikh appointment abang untuk ujian tersebut. 5 December 2011 pukul 9.00 pagi bertempat di Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Sungai Buloh. Sebenarnya mama baru tersedar 2 hari yang lepas. Nasib baik tak telepas pandang. 

Abang bangun pagi seperti biasa. mama buat susu dan siap2kan abang hensem2 untuk jumpe doktor nanti. sementara abang menyusu botol, mama ambil kesempatan untuk bersiap pula. nasib baik la abang sudah pandai pegang botol susu sendiri dan akan melepaskan botol itu apabila susunya sudah kehabisan. baik sungguh anak mama nih. pandai jaga diri sendiri~ :)

tepat jam 9.00pagi kami sudah pun berada di perkarangan hospital. bertanyakan tentang lokasi Jabatan Otorinolaringologi, mama & abang terus turun kebawah sementara dedi pergi mencari parking yang berdekatan.


di pendekkan cerita setelah mendaftar, no 7006 yang ditunggu dipanggil ke bilik 7. masuk saja kami disambut mesra oleh doktor praktikal mungkin bersama seorang doktor lagi di sebelah nya. abang masa tu tengah syok tdo akibat tunggu lama diluar. biasa lah abang waktu2 macam ni kalau da diberi susu memang tdo la kerjanya. memudahkan lagi kerja doktor praktikal tersebut membuat ujian pendengaran. sedikit pon tidak menyedarkan abang.


alhamdulillah abang tidak mengalami sebarang masalah pendengaran. akan tetapi menurut doktor, jika ada sebarang masalah seperti keluar nanah di telinga, kami perlu berjumpa mereka segera. mama tak rasa abang ada masalah pendengaran sejak lahir lagi memandangkan abang selalunya akan memberikan respond terhadap apa2 saja yang berlaku disekelilingnya melainkan kalau die tengah tdo! huhhh... like father like son laa... :)


oh, mengambil kesempatan yang ada, mama & dedi pergi ke jabatan pendaftaran untuk mengambil MyKid abang yang dah lama siap. nanti mama upload gambar abang bersama MyKid tersebut yea! hihi



tadaa!!! ini lah MyKid shaye..! pink colour but nevermind. (da 5 bulan baru nak collect huhu