Content

Red Bumbo Seat for Abang!~ ٩(͡๏̯͡๏)۶

Thursday, December 15, 2011


sebenarnya dah lame mama aim bumbo seat ni. memandangkan ianya kelihatan sangat berguna buat baby untuk support tulang belakang dan belajar duduk dengan cara yang selamat, so mama pon mula la misi men'search' kt google dan mudah.my. apatah lagi tinggal beberapa minggu sahaja abang akan bole makan solid food! mama sangat2 excited so mama carik la beberapa barang keperluan untuk itu.


harga pasaran amatla mahal ok. kompom kerat semua jari la dedi akan marah mama teruk2 kalau beli. so mama decide carikkan yg da tepakai je utk abg. sorry ye abang! bukannya apa, abang pon mungkin akan memerlukannya untuk jangka masa yang singkat sahaja. itupun mama akan carik yang masih dalam keadaan baru.


search punye search, google punya google, mudah punya mudah mama pon terjumpa la satu blog ni yang jual barang2 baby terpakai. http://twinevostore.blogspot.com/ . bila sms tanya bumbo seat tu masih available lg. dan warnanya lime green. sangat comel dan memang mama punye fav. colour! tapi bile mama search2 lagi kat blog tu mama terjumpe colour merah yang mmg rare sgt. susah nk jumpe org jual bumbo seat kaler merah dan yang paling penting kaler merah tu mungkin akan tahan lasak dan susah sket nk kotor (pendapat mama la) kompius gak pada mulenye nak pilih yang mana tp tanpa membuang masa mama trus sms dan bank in duit supaya bumbo seat tu tak terjual kt org lain.


dalam 2hari sampai la kotak tu kt umah nenek dan mama pon soh nenek try cpt2 nk tgk reaksi abang mcm mana. so far abang ok n suke dok dlm tu. Alhamdulillah... selamat! hehehe...



sangat kusyuk tgk tv. berguna bumbo seat ni utk mama yg tgh terkocoh2 bersiap nk g keje. hihi



ni la reaksi abang ms duduk kt bumbo seatnye! sangat match dgn kete merah ikea die tu! mama suke kaler ni sbb abg nmpk lebih macho! cube bygkn klu kaler lime green tu? ermm.. ok gak tp mungkin xsemeriah dan semacho ini! hihihi...

0 comments:

Post a Comment