Content

KU : 6 months old

Monday, December 19, 2011
Hari ni Khalif Uzayr mama dah genap 6 bulan. Bulan untuk memperkenalkan abang dengan makanan pepejal. Sebelum memberikan apa-apa makanan kepada abang, mama membuat beberapa research supaya mendapat guideline yang sepatutnya. cekedaut~


Memperkenalkan abang kepada makanan bayi dan makanan pepejal

Bilakah mama harus memperkenalkan makanan bayi kepada abang?
Menurut babycenter.com.my, Kementerian Kesihatan menyarankan supaya bayi menyusu badan secara ekslusif sehingga berusia enam bulan (tapi abang minum fm). Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, jadi makanan lain diperlukan.

Abang perlu menunggu sehingga usia enam bulan untuk mama memperkenalkan pepejal ke dalam diet abang. Ianya dapat membantu meminimakan risiko reaksi buruk yang tidak dijangka terhadap makanan dan alergi. Mama harus lebih berhati-hati disebabkan abang merupakan G6PD Deficiency. Alahan kepada banyak makanan yang berunsurkan kekacang dan mungkin ada makanan-makanan bayi yang lain yang perlu abang elakkan.

Mengapa langkah pengenalan makanan pelengkap bermula pada umur 6 bulan ke atas?
Jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal kepada bayi, ia boleh menyebabkan:
  • Bayi anda kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang.
  • Bayi anda terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan cirit-birit kerana sistem penghadaman dan ginjal Abang masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia.
  • Selepas umur 6 bulan juga ibu boleh mula memberikan air masak, tetapi dalam kuantiti yang berpatutan (~ 1-2 oz satu sesi, 1 @ 2 kali sehari) dengan syarat bayi sudah pun kenyang dengan susu @ solid food. Ini kerana dikhuatiri air masak yang banyak akan membuatkan bayi kenyang, dan seterusnya menolak susu dan bubur yang berkhasiat. Ingat ye, air masak hanya lah air, tidak punya nutrisi untuk tumbesaran bayi. Air hanya untuk mengekalkan kandungan bendalir dalam badan, dan susu ibu mengandungi 81% air. Terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (water intoxication) dan meningkatkan risiko sawan.
Apakah kesan pula jika pengenalan makanan pelengkap bermula terlalu lewat?
  • Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien.
  • Penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang.
  • Semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap, sesetengah bayi berkemungkinan mengalami masalah tabiat makanan apabila membesar. Contohnya, anak akan menjadi  cerewet makan, tidak makan sayur, hanya makan satu-satu makanan sahaja dan sebagainya (barulah tahu kan kenapa anak anda tak suka makan sayur?  ). sumber dari http://ibucergas.com/2011/03/pemakanan-bayi-yang-sihat/


Adakah Abang sudah bersedia untuk pepejal? 
Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia: 

• duduk dengan baik apadila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri. 

• melakukan pergerakan mengunyah 
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh. 

• telah naik berat badan secara sihat 
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda. 

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan 
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.



Apakah cara untuk memperkenalkan makanan separa pejal?

Pakar tempatan di babycenter.com menyarankan supaya bayi diberikan campuran bijiran dan susu, iaitu, antara dua atau tiga sudu kecil bijiran dicampurkan dengan sebahagian daripada susu yang diambilnya untuk menjadi adunan yang rupanya ‘seakan-akan sup’. 

Kementerian Kesihatan juga menyarankan beberapa makanan sebagai pemula separa pepejal, iaitu, bubur yang disediakan di rumah, bijiran beras untuk bayi dan sayur-sayuran yang dimasak dan dilecek atau dipuri, dan juga buah-buahan. Berikan semua ini kepada bayi dengan sudu yang hujungnya diperbuat daripada getah yang lembut. Kemudian, berikan dia susu yang selebihnya. Makanan separa pepejal tidak semestinya diberikan pada waktu pagi; pilihlah masa yang sesuai untuk anda dan bayi anda. 

Apabila bayi mula membiasakan diri dengan tekstur baru dan beransur-ansur makan lebih banyak makanan pejal, dia tidak lagi memerlukan sangat susu tambahan untuk mengenyangkannya. Namun, pada mulanya, ternampak oleh anda seolah-olah bayi anda hanya makan sedikit sahaja, walaupun banyak masa dihabiskan untuk memasukkan makan yang sedikit itu ke dalamnya. Anda mestilah bersabar dengan si kecil anda dan ingatlah bahawa ini adalah kemahiran baru dan dia memerlukan masa untuk mempelajarinya. 

Apabila bayi sudah biasa makan bijiran sebanyak dua atau tiga sudu kecil sehari, cubalah tambah makanan lain. Bila dia sudah pandai makan bijirin dan semakin cekap menggunakan gerakan mengisar ke kiri dan ke kanan, kurangkan cecair dalam bijiran supaya teksturnya menjadi lebih pekat. Ini akan membantu bayi anda berlatih mengunyah (dengan gusinya) dan menelan. 

Selera bayi anda adalah berubah dari satu waktu makan kepada waktu makan berikutnya, jadi perhatikan tanda-tanda bahawa dia sudah kenyang. Seorang bayi yang sudah tidak mahu membuka mulutnya untuk terus disuap, atau berpaling muka, atau mula bermain dengan makanannya, mungkin sudah kenyang. 


Bagaimanakah mama boleh membantu abang membentuk tabiat pemakanan yang sihat? 
  • Anda boleh membantu bayi anda belajar makan secara sihat dengan mengikuti peraturan ringkas yang berikut: 
  • Memberikan pilihan makanan yang pelbagai. 
  • Jangan terus memberi makanan kepada bayi anda jika dia tak mahu makan lagi (memalingkan kepalanya atau tidak mahu membuka mulutnya). Dia mungkin sudah kenyang atau tidak suka dengan makanan tersebut. Jika anda terlalu memaksa, dia mungkin tawar hati dan tidak akan mahu mencuba makanan lain. 
  • Berikan bayi anda pelbagai makanan protin dan kabohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran. 
  • Elakkan gula, makanan bergaram, dan makanan yang terlalu lemak atau pedas dan berempah.
  • Jangan jadikan makanan sebagai hadiah atau dorongan. Sebaliknya, gunakan pelukan, ciuman dan perhatian yang banyak untuk ini.

Berapa kali seharikah seharusnya bayi saya makan makanan bayi? 
Apabila bayi anda berumur sekitar tujuh bulan, dia sepatutnya sudah mengambil makanan separa pejal tiga kali sehari. Makanannya setiap hari lebih kurang seperti berikut: 

• Susu badan atau susu formula kaya zat besi. Sedikit jus tanpa gula yang dicair tipis dengan air suam (satu bahagian jus bagi sepuluh bahagian air) juga boleh diberikan di waktu makan dengan menggunakan cawan bayi atau gelas, bukan botol. 

• Bijiran kaya zat besi. 

• Sayur-sayuran pada kadar yang banyak, seperti ubi kentang, brokoli, kubis bunga, ubi keledek, choy sum, kailan, siew pak choy dan bayam. 

• Daging dalam kuantiti kecil, ayam, ikan, yogurt, telur rebus keras, lentil dimasak lembut, keju (kecuali brie, stilton dan lain jenis keju berkulapuk atau lembut). 

• Buah-buahan. 

Panduan umum berikut elok diikuti:
• Jangan berikan madu sebelum dia berusia satu tahun sebab terdapat risiko botulisme bayi. (Baca dengan lebih lanjut mengenai madu dan botulisme.

• Bergantung kepada diet bayi anda, kadangkala elok juga diberikan beberapa titisan vitamin. Tanyalah pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.  

0 comments:

Post a Comment