Content

KU ke Hospital Sg Buloh untuk ujian saringan pendengaran

Monday, December 05, 2011
memandangkan telinga belah kanan abang gagal dalam beberapa kali ujian pendengaran semasa berada di wad NICU 5 bulan yang lalu, doktor menyarankan agar mama & dedi membawa abang untuk ujian saringan bagi mendapatkan keadaan sebenar. 


hari ini adalah tarikh appointment abang untuk ujian tersebut. 5 December 2011 pukul 9.00 pagi bertempat di Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Sungai Buloh. Sebenarnya mama baru tersedar 2 hari yang lepas. Nasib baik tak telepas pandang. 

Abang bangun pagi seperti biasa. mama buat susu dan siap2kan abang hensem2 untuk jumpe doktor nanti. sementara abang menyusu botol, mama ambil kesempatan untuk bersiap pula. nasib baik la abang sudah pandai pegang botol susu sendiri dan akan melepaskan botol itu apabila susunya sudah kehabisan. baik sungguh anak mama nih. pandai jaga diri sendiri~ :)

tepat jam 9.00pagi kami sudah pun berada di perkarangan hospital. bertanyakan tentang lokasi Jabatan Otorinolaringologi, mama & abang terus turun kebawah sementara dedi pergi mencari parking yang berdekatan.


di pendekkan cerita setelah mendaftar, no 7006 yang ditunggu dipanggil ke bilik 7. masuk saja kami disambut mesra oleh doktor praktikal mungkin bersama seorang doktor lagi di sebelah nya. abang masa tu tengah syok tdo akibat tunggu lama diluar. biasa lah abang waktu2 macam ni kalau da diberi susu memang tdo la kerjanya. memudahkan lagi kerja doktor praktikal tersebut membuat ujian pendengaran. sedikit pon tidak menyedarkan abang.


alhamdulillah abang tidak mengalami sebarang masalah pendengaran. akan tetapi menurut doktor, jika ada sebarang masalah seperti keluar nanah di telinga, kami perlu berjumpa mereka segera. mama tak rasa abang ada masalah pendengaran sejak lahir lagi memandangkan abang selalunya akan memberikan respond terhadap apa2 saja yang berlaku disekelilingnya melainkan kalau die tengah tdo! huhhh... like father like son laa... :)


oh, mengambil kesempatan yang ada, mama & dedi pergi ke jabatan pendaftaran untuk mengambil MyKid abang yang dah lama siap. nanti mama upload gambar abang bersama MyKid tersebut yea! hihi



tadaa!!! ini lah MyKid shaye..! pink colour but nevermind. (da 5 bulan baru nak collect huhu

0 comments:

Post a Comment