Biography خليف عزير

KHALIF (pronounced Khaleef) means successor. A Khalif is a leader of the Muslim Ummah (nation/peoples). After Prophet Muhammed (SAW) died there came after him numerous khalifs (successors) who were called Khalifs (Khaleefs).

UZAYR عزير (precious/ name of Prophet)

Content

19/1/2012 - KU 7 month-old

Friday, January 20, 2012 0 comments
sempena KU genap 7 bulan hari ni, so mama nak update gmbr2 yg sempat mama ambil sebelum abang menidurkan dirinya sendr di bilik. bagus anak mama ni. xbanyak karenah. Alhamdulillah....

 asyam nye muke die! hihi

besar da anak mama ni!

 dok main bwh selimut. bolatnye mate!

 "mama... tlg! selimut ni berat laa...

 "arrghhh..."

 .......

 "syiok jugak main bwh ni... hihi"

"ok abang da nantuk. nk tdo! syuhhh2.."

Solids by age: seven to nine months

Thursday, January 19, 2012 0 comments
Makanan bayi mengikut usia: 7-9 bulan
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Inilah masanya untuk makanan jejari! 
Satu masa antara umur tujuh dan sembilan bulan, bayi anda akan mula melengkapkan dirinya dengan kemahiran yang akan membolehkan dia makan menggunakan tangannya. Pada mulanya dia mungkin akan cuba mengangkat objek mengunakan ibu jari dan jari telunjuk, kemahiran yang dinamakan pegangan sepit, iaitu pincer grasp. Dia juga akan terus memasukkan semua benda ke dalam mulutnya, satu lagi tanda menunujukkan dia sudah bersedia untuk memperluaskan dietnya. Inilah masanya untuk mula menghidangkannya makanan jejari, contohnya potongan kecil karot yang lembut dimasak atau pisang, jejari roti yang tidak bergaram dan mini kuih beras (rice cakes). Tujuannya ialah supaya dia boleh melatih dirinya sendiri. Lain makanan jejari yang boleh difikirkan ialah keju, roti bakar dan ketulan epal tanpa kulit. Jangan berikan biskut manis dan rusk sebab kita tidak mahu bayi anda membina tabiat mahukan snek manis. 
Kebanyakan bayi akan mencapai makanan dari pinggan orang lain di sekitar usiatujuh atau lapan bulan. Bayi anda bukanlah biadab, dia cuma cuba meniru cara anda makan. Oleh itu, dia mungkin merampas pinggan mangkuk yang terhidang dan menyukarkan lagi anda memberi dia makan. Cuba berikan dia sudu untuk dipegang dan gunakan sudu yang lain untuk menyuapkannya. Dia juga akan mula meniru cara anda mengunyah dengan menggerakkan rahangnya dari kiri ke kanan, pada masa ini juga. Dia masih belum mempunyai cukup gigi untuk benar-benar mengunyah, tetapi ini adalah penting untuk dia membiasakan dirinya menelan ketulan makanan yang lebih besar. Namun begitu, sertakan juga makanan lecek dan makanan jejari yang lembut dan juga puri yang lumat. 
Makanan untuk diperkenalkan sekarang ialah masakan pasta pelbagai bentuk, roti-roti (bukan yang berbiji atau penuh bijian lagi, sebab sebarang ketulan keras akan menambahkan risiko tercekik), ketulan buah avokado yang masak ranum dan masakan lembut daging, ikan dan ayam. Anda juga boleh memberikan bayi anda masakan lentil dan kekacang lain yang dimasak, dan sayuran berdaun hijau gelap, seperti bayam. 

~Nectarine Puree

Tuesday, January 17, 2012 0 comments
rasanya mungkin abang da boring asek makan buah yang sama je. setakat ni abang baru mkn buah fuji epal, banana dan avocado. so mama decide nak carik buah yg belum pernah abang makan lg.

setelah browsing beberapa menu makanan bayi dalam group Solid Food for My Baby :) mama tertarik dengan sejenis buah yg bernama Nectarine ni! dan oleh kerana persekitaran tempat keje mama adalah sangat mudah untuk mendapatkan pelbagai jenis buah-buahan mahupun sayur-sayuran jadi untuk buah tersebut adalah tidak menjadi masalah sama sekali (syukur alhamdulillah).

mama membelinya di MBG Fruitshop, The Curve sebab ianya sangat berdekatan dengan Marche. Harganya bagi mama reasonable lg. mama da kire regular customer sebab sejak mengandungkan abang mama selalu mendapatkan stok buah-buahan kt situ sebab boleh dikatakan setiap pagi mama akan makan sebiji epal hijau semasa sedang memandu ke tempat kerja. itula breakfast mama hari2 ;)

berbalik pada cerita buah Nectarine tu, so sampai je rumah seperti biasa buatkan susu dan tidurkan abang, mama pon operasi la membuat puree dari buah nectarine tersebut. masa tu da hampir pukul 12am kut. lantak la org nak marah janji esok abg dapat mkn puree yg mama buat ni! hihihi...


and tadaaaa!!! inilah hasilnya. senang. just buang kulit & biji, potong2 masuk trus dlm blander. xperlu tambah air sebab buah ni memang sudah ade juicenya tersendiri. mama harap abang suke Nectarine Puree yg mama buat ni ye! LEBIUSSSS ;*

Menu ke 5: CARROT & CAULIFLOWER CHEESE WITH RED RICE

Thursday, January 05, 2012 0 comments

CARROT & CAULIFLOWER CHEESE WITH RED RICE

Bahan-bahan
• 2 btg lobak
• 100g cauliflower
• 2 tsp nasi/bijirin
• 1 tbsp keju cheddar (disagat)

Cara-cara
1. Kupas lobak & hiris. Basuh dan potong cauliflower
2. Didihkan lobak & cauliflower dgn sedikit air hingga lembut
3. Toskan,simpan air rebusan.
4. Kisar sayuran bersama 60ml air rebusan.
5. Tambahkan nasi/bijirin dgn keju,kacau hingga sebati.
6. Jumlah nasi & air blh ditambah bila perlu

Happy New Year 2012 everybody!~ ;)

Tuesday, January 03, 2012 0 comments
memang da agak lewat nk ucapkan Happy New Year skrg ni. tp xpela, just nk update beberapa gambar yang diambil sehari sebelum dan selepas tahun baru. cekedaut~


KU 6mos 12days old : 31/12/2011- sehari sebelum nuyer, abang betol2 da impressed kan mama dengan skill terbarunya iaitu da pandai minum air gune straw! mulenye mama saje nk try test tp ternyata anak mama ni dah memang reti. suweet je tengok riaksi die pegang botol & sedut air tu.


KU 6mos 13days old : 01/01/2012- lunch pertama untuk hari pertama ni tahun baru ni terasa pulak nak layanz kambing kat Taqwa. kambing die mmg terbaik dari ladang ooo...! sambil2 tu mama da jugak bawak bekalan utk abg yang semesti turut sama lapar seperti mama & dedinya.. hihi! menu kali ni adalah SWEET POTATO + BROCOLI PUREE. lihat sajalah mulut yg asek dok nganga minta disuap tu! ish2.. bwk2 bersabar la abg! jgn gelojoh sgt!!! hihi 





KU 6mos 14days old : 02/01/2012- Jogging Time!! oleh kerana perut dedi sudah sangat maju ke depan, so mama nasihat kan lah dedi utk kembali aktif berjogging pada masa terluang. tentunya mama & abang mengambil kesempatan ini utk sama2 mengeluarkan peluh walaupun sekadar pusing2 sekitar taman tasik kelana jaya tu je. di atas antara gambar yang sempat mama rakamkan untuk kenang-kenangan. ops sori gambar dedi xde sbb dedi sangat excited nk pusing 5 round tasik tu kn?! hihi


p/s: oh ya, sebagai catatan, mama sudah mula memakai hijab pada 31/12/2011 hari tu. semoga Allah cekalkan hati mama untuk terus memakainya. insyaAllah... amin