Content

Solids by age: seven to nine months

Thursday, January 19, 2012
Makanan bayi mengikut usia: 7-9 bulan
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Inilah masanya untuk makanan jejari! 
Satu masa antara umur tujuh dan sembilan bulan, bayi anda akan mula melengkapkan dirinya dengan kemahiran yang akan membolehkan dia makan menggunakan tangannya. Pada mulanya dia mungkin akan cuba mengangkat objek mengunakan ibu jari dan jari telunjuk, kemahiran yang dinamakan pegangan sepit, iaitu pincer grasp. Dia juga akan terus memasukkan semua benda ke dalam mulutnya, satu lagi tanda menunujukkan dia sudah bersedia untuk memperluaskan dietnya. Inilah masanya untuk mula menghidangkannya makanan jejari, contohnya potongan kecil karot yang lembut dimasak atau pisang, jejari roti yang tidak bergaram dan mini kuih beras (rice cakes). Tujuannya ialah supaya dia boleh melatih dirinya sendiri. Lain makanan jejari yang boleh difikirkan ialah keju, roti bakar dan ketulan epal tanpa kulit. Jangan berikan biskut manis dan rusk sebab kita tidak mahu bayi anda membina tabiat mahukan snek manis. 
Kebanyakan bayi akan mencapai makanan dari pinggan orang lain di sekitar usiatujuh atau lapan bulan. Bayi anda bukanlah biadab, dia cuma cuba meniru cara anda makan. Oleh itu, dia mungkin merampas pinggan mangkuk yang terhidang dan menyukarkan lagi anda memberi dia makan. Cuba berikan dia sudu untuk dipegang dan gunakan sudu yang lain untuk menyuapkannya. Dia juga akan mula meniru cara anda mengunyah dengan menggerakkan rahangnya dari kiri ke kanan, pada masa ini juga. Dia masih belum mempunyai cukup gigi untuk benar-benar mengunyah, tetapi ini adalah penting untuk dia membiasakan dirinya menelan ketulan makanan yang lebih besar. Namun begitu, sertakan juga makanan lecek dan makanan jejari yang lembut dan juga puri yang lumat. 
Makanan untuk diperkenalkan sekarang ialah masakan pasta pelbagai bentuk, roti-roti (bukan yang berbiji atau penuh bijian lagi, sebab sebarang ketulan keras akan menambahkan risiko tercekik), ketulan buah avokado yang masak ranum dan masakan lembut daging, ikan dan ayam. Anda juga boleh memberikan bayi anda masakan lentil dan kekacang lain yang dimasak, dan sayuran berdaun hijau gelap, seperti bayam. 

0 comments:

Post a Comment